Ahad, 27 November 2011
Maharaja Lawak Mega bersiaran secara langsung pada setiap hari Jumaat, jam 10.00 malam bermula 28 Oktober 2011 menerusi Astro Warna (saluran 132) dalam Pakej Mustika. Peserta-peserta Maharaja Lawak Mega adalah terdiri daripada kumpulan PIMAI (Sathiya, Imuda dan Mat Over), HIRO (Hamdan, Ilya dan Ropie Cecupak), BOBOI (Afdlin Shauki dan Harun Salim Bachik), ANJE (Achong Sweet Child dan Joey Daud), OSBON (Mr Os dan Abon), BP – Bawal Power (Bob Kuman dan Sobri), RAP (Aziz Kota, Pak Lah Cecupak dan Rama Jangan Ketawa), COMEL (Radhi Khalid dan Bell Ngasri) dan 3G (Yassin, Didie Alis dan Enot) manakala Adlin Aman Ramli dan Jalil Hamid mengambil langkah berani dengan tampil sebagai peserta solo.
Kumpulan SYOK dianggotai oleh Suhaimi, Ifa Raziah dan Arif Sudin. Kumpulan GEBU dianggotai Hani dan Azian menonjolkan keunikan komedi wanita Singapura. Juga penyertaan peserta dari Indonesia iaitu kumpulan LANUN (Jegan, Elyas dan Salman Al-Farisi), BAWEL (Dodon Jambul, Amin Bawel dan Dadang Ragas), kumpulan SAEHU (Eko, Bocil dan Vicha) dan kumpulan CAER (Adetao, Mister Ibo dan Lugiana).
Maharaja Lawak Mega Minggu ke 5
PETALING JAYA - Pertemuan menentang Bahrain malam ini ibarat misi 'hidup mati' buat skuad Harimau Muda, tegas jurulatih kebangsaan, Ong Kim Swee. Kita perlu menang jika masih memasang impian untuk beraksi di Sukan Olimpik London tahun depan atau peluang semakin tipis jika tewas buat kali ketiga berurut-turut.
Bagi memastikan tiga mata diraih di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Harimau Muda akan turun dengan menyerang habis-habisan, janji Kim Swee yang turut lega melihat kebanyakan pemain semakin cergas selepas tampak keletihan ketika tumpas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu.
Ketika ini, Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 selepas tewas dalam dua perlawanan pertama kepada Jepun dan Syria, ironiknya Bahrain juga gagal mengutip sebarang mata dalam dua aksi pertama mereka kerana kalah kepada lawan yang sama.
Hanya tiga mata penuh mampu mencerahkan peluang Malaysia untuk sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan, justeru Kim Swee mahu anak-anak buahnya menghadapi perlawanan ini seperti pertarungan akhir. ~ sumber : Utusan Malaysia Online

Live Streaming di [SINI]
Keputusan Penuh : Gol pertama Malaysia dijaringkan oleh Nazmi Faiz Mansor pada minit ke 30. Gol kedua Malaysia oleh Mahali Jasuli pada minit 67. Dalam masa 6 minit bermula minit ke 80 Bahrain telah menjaringkan 3 gol berturut-turut untuk mendahului Malaysia. Gol pertama Bahrain daripada Amir El Saad minit ke 80.
Malaysia 2 - 3 Bahrain
VIDEO Jaringan Pertama Malaysia - Nazmi Faiz Mansor
VIDEO Jaringan Kedua Malaysia - Mahali Jasuli
VIDEO 3 Gol Bahrain Memusnahkan Impian Malaysia
Kredit Video : Sokernet.com
Label:
live streaming tv
|
0
ulasan