Jumaat, 20 Januari 2012

Kelantan berpeluang menduduki tangga teratas Liga Super apabila berkunjung ke Stadium Darul Aman untuk bertemu pasukan tercorot ketika ini, Kedah pada Jumaat. Kelantan kini mempunyai tujuh mata daripada tiga perlawanan sama dengan pendahulu liga, Terengganu T-Team, tetapi dibezakan dengan jaringan gol.

Skuad The Red Warriors berpeluang untuk memintas T-Team seandainya berjaya mengutip tiga mata penuh di Alor Star, memandangkan T-Team akan hanya beraksi pada Sabtu menentang pasukan abang mereka, Terengganu. Selepas tiga perlawanan, Kelantan masih belum tewas dan perlawanan dengan Kedah adalah peluang baik untuk jurulatih The Red Warriors, Peter Butler memantapkan pasukannya.

Juara Liga Super 2011 itu masih pincang di bahagian pertahanan dengan sudah dibolosi tiga kali, sesuatu yang amat meresahkan Butler ketika dia cuba mencari gandingan mantap. Dalam dua daripada tiga perlawanan pertama The Red Warriors, iaitu menentang Singapura dan Johor FC Selasa lalu menyaksikan Kelantan ketinggalan sebelum bangkit merakamkan kemenangan.

Tatkala barisan pertahanan Kelantan agak rapuh, ia diimbangi dengan jentera serangan yang masih berbisa diketuai penyerang kebangsaan Norshahrul Idlan Talaha yang sudah meledakkan dua gol setakat ini. Sementara itu, Kedah yang kehilangan barisan kejurulatihannya termasuk Wan Jamak Wan Hassan yang menjalani penggantungan, kelihatan hilang arah pada permulaan musim ini.

Daripada tiga perlawanan, pasukan Hijau Kuning sekadar meraih tiga mata dan kekalahan kepada T-Team pada Selasa menyaksikan Kedah menduduki tangga ke-13 liga. Jangan lupa menyaksikan perlawanan Kedah menentang Kelantan yang disiarkan secara langsung menerusi Astro Arena, saluran 801 pada Jumaat, bermula dengan pra-rancangan jam 8 malam.

Untuk keputusan terkini semasa, serta live streaming boleh kunjungi laman ini.
Sumber - Arena.my

0 ulasan:

INFO TontonTV

Malaysia -
Click To Find Out More :
A step closer to your dreams
It's a great time to whizz off with an MPV
Most Wonder-ful Galaxy Series
Are you ready for the most thrilling undercover mission of your life?





Tutup My NuffnangTolong Support GANG :)

TOP Referer